13 Platform eCommerce Baru Produk Muslim Muncul dari Kempen BMF

13 Platform eCommerce Baru Produk Muslim Muncul dari Kempen BMF

BMF Campaign Product Reviews Tech and Gadget

Secara tiba-tiba, cetusan dari kempen #BMF atau utamakan produk Muslim ini kelihatannya berjaya mewujud dan melahirkan beberapa platform eCommerce atau platform online baru yang khusus samada untuk membuat listing direktori atau emarketplace produk Muslim. 

– IslamicTunes.net
Antara produk-produk Muslim yang tidak dapat memasuki pasaran pasaraya besar di Malaysia.

eCommerce khusus untuk pasaran Muslim atau halal tidak begitu mendapat perhatian sebelum ini kerana terdapat saingan dari gergasi-gergasi eCommerce sedia ada yang sudah bertapak kukuh di negara ini serta mendapat keyakinan dari pengguna seperti AliBaba, Shopee, Amazon, Lazada dan lain-lain selain platform eCommerce pasaran halal yang sedia ada yang diketahui setakadat adalah 2 iaitu https://www.gohalal.com.my dan https://www.daganghalal.com yang berpusat di Malaysia.

Walaupun kedua platform ini (GoHalal dan DagangHalal) berkualiti dan dibuat untuk menarik pasaran halal global, namun menghairankan, pengeluar dan pengguna Muslim tempatan tidak semarak menggunakan eCommerce Halal ini!

Justeru kami berpendapat kempen #BMF lah yang telah menghasil pertambahan pasaran untuk produk Muslim ini dan muncullah permintaan samada dari pihak-pihak yang menganjurkan #BMF sendiri seperti pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia, Penyatuan Ummah dan pihak-pihak lain yang mempunyai kepakaran merekabentuk dan membuat platform seperti ini bagi memudahkan pengguna mencari dan membeli secara online.

Tinjauan Kru BMF.fm

Dari tinjauan kru radio BMF.fm (yang diasaskan oleh IslamicTunes Netword PLT dan Metronews Sdn. Bhd. dengan kolaborasi bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang membuat lawatan dan carian ke beberapa laman marketplace dan platform online ini mendapati terdapat 13 platform eCommerce yang baru muncul (akan diupdate jika ada yang lebih terbaru atau di luar dari pengetahun admin!)  dan kebanyakkannya masih baru di peringkat permulaan. Namun terdapat juga satu-dua platform yang telah mula mendapat perhatian samada dari pengeluar dan juga pengguna.

Adalah diharapkan cetusan #BMF ini agar dapatlah kiranya semua pemilik platform ini bersatu dan bersama-sama mewujudkan platform eCommerce Muslim bertaraf global yang setaraf dan sehandal AliBaba, Amazon, Shoppe, Lazada dan lain-lain kerana kami yakin modal yang besar adalah diperlukan bagi menzahirkan idea ini.

Rantaian sub-sektor ‘offline’ seperti pengangkutan, stor penyimpanan produk dan sistem penghataran belian perlu dirangka dan dimulakan sekarang. Kewujudan platform eCommerce ini hanya akan dapat menyelesaikan masalah ‘visibilties’, ‘awareness’ dan seterusnya pembelian tetapi apabila tiba ke peringkat kepada penghantaran, stok bekalan dan mudah-tunai untuk pengeluar, diharap harus ada sikap ‘to complete each other’ dan tidak ‘to compete each other’ barulah cabaran ‘route to market’ ini tidak akan jadi masalah.

Preview 13 platform ini (setakat artikel ini ditulis) adalah seperti berikut: –

  • https://produkmuslim.site 
    • Kelemahan ketara adalah user signup dan login untuk memasuki direktori ini (atau pun masih belum ada listing!) jadi ianya akan jadi terhad kepada members saja. Kelemahan lain adalah masih tidak mempunyai halaman siapa kami, atau siapa saya. Masih baru dan tidak diketahui siapa pemiliknya ataukah dimiliki oleh pembuat marketplace ini iaitu anak muda Azizi Dahlan.
    • ⭐⭐

HIJRAH.COM

  • https://hijrah.com.my
    • Tagline – Jom Hijrah! – Sokong Produk Muslim.
    • Milik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang masih dalam peringkat mengumpul data-data untuk langkah seterusnya mewujudkan Direktori Peniaga Muslim. Dijangkan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Industri Muslim

  • https://industrimuslim.com
    • Tagline – Direktori Industri Muslim.
    • Sudah ada yang mendaftar tetapi kebanyakkannya di bawah kategori farmasi. Terdapat juga listing dari dari pengeluar tetapi baru cuma 4 pengeluar (setakat review ini ditulis) dan umumnya direktori ini adalah baik tetapi amat kurang lagi pengeluar, pemborong, pengedar dan pemamer atau kedai tidak lagi berdaftar.
    • Rasanya belum dapat dipastikan samada direktori ini mempunyai masalah slow loading atau ok sbb masih baru dan jumlah listing masih belum banyak.
    • Satu kelemahan ketara adalah tidak mempunyai menu Siapa kami atau ‘about us’, oleh itu tidak diketahui siapa yang memiliki Direktori ini. 

Mukmin Brand

  • https://www.mukminbrands.com/tentang-kami/
    • Laman web yang simple dan agak terkebelakang dari segi trend website atau marketplace terkini namun mempunyai keistimewaan iaitu dapat memberikan informasi kepada user untuk mengetahui jenama muslim ataupun bukan.
    • Tagline yang mempunyai skop yang besar iaitu ‘Memperkasa Ekonomi Ummah’ dan setakat ini ada ruang iklan klasified yang FREE! 
    • Kelemahan juga terdapat pada ketiadaan keterangan siapakah pemilik laman web ini.
    • ⭐⭐
  • https://zalika.my/
    • Zalika adalah e-commerce platform yang baik dan sudah mempunyai banyak seller yang bergabung. Tidak dapat dipastikan samada ianya sudah boleh berjual-beli dengan sistem pembayaran atau masih lagi di peringkat testing sebab dari pop up Zalika akan dilancarkan tidak lama lagi.
    • Mempunyai speed optimizing yang baik namun tidak dapat dipastikan samada bila produk sudah banyak, adakah speed ini akan berterusan
    • Mempunyai informasi yang baik bila meletak nama pengasas e-commerce ini iaitu Zalika Entreprise dan juga terdapat alamat pemilik yang lengkap beserta telefon serta email.
    • ⭐⭐⭐
  • https://www.cmasa.my 
    • CMASA.my adalah satu inisiatif pasaran atas talian (online) yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui YaPEIM Entrepreneur Centre (YEC) bagi menyediakan kemudahan pasaran atas talian kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA). CMASA diperkenalkan sebagai usaha mewujudkan komuniti Ar-Rahnu yang benar-benar memanfaatkan Ar-Rahnu YaPEIM sebagai saluran mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan dan seterusnya berusaha memajukan diri dan keluarga.
    • Kedai atau marketplace yang baik dan sesuai dengan kedudukan yang teguh pihak YaPEM dalam sektor Ar Rahnu.
    • ⭐⭐⭐

BUY MUSLIM FIRST

  • https://www.buymuslimfirst.com
    • Tidak diketahui siapa yang memiliki atau di mana operasi direktori ini berjalan, namun yang baiknya adalah ideanya dibuka kepada pengiklan atau pengusaha bukan saja dari Malaysia, malah Indonesia, Singapore dan Brunei.
    • ⭐⭐

BMF ini juga telah mencetuskan beberapa aplikasi baru khusus untuk pasaran Muslim dan ini adalah salah satunya. Bersifat niche hanya untuk perkara cari makan, ianya amat berpotensi namun ianya memerlukan kerjasama yang baik juga daripada e-hailing provider.

⭐⭐

  • https://hayib.com/ 
  • Marketplace ini baru diwujudkan oleh Coach Fadzil Hashim CEO Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysa (KoPPIM) yang baru dijenamakan semula. 
  • Ianya merupakan ‘support tools’ kepada ideanya yang berhasrat melancarkan marketplace fizikal iaitu MALAKAT MALL.
  • Selepas sehari diaktifkan, maketplace ini mengalami kadar peningkatan bandwith yang tinggi dan sukar di login, namun kini telah diatasi namun ianya masih mengalami masalah ‘slow loading. Mungkin setelah dibuat proses ‘speed optimizing’ dan meningkatkan kadar kadar bandwith hosting, masalah ini rasanya akan selesai.

MUSLIM PRENEURS

  • https://muslimpreneurs.com  
    • Ini binaan kami lama sebelum kempen #BMF lagi, tapi tiada tenaga penggerak untuk meneruskannya. Pada sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami samada untuk meneruskan secara JV atau ambil-alih terus.

https://carihal.com 

Sebuah platform yang baru juga muncul dan tidak diketahui siapakah pemilik atau pengurusannya.

https://www.sooq.my 

Sebuah platfrom direktori usahawan muslim dengan tagline “Lets explore the nearest muslim businesses around you”.

Mempunyai rekabentuk yang menarik dan simple dan mempunyai menu ‘About us’ yang memberi maklumat siapakah di belakang pembinaan pembinaannya, namun masih belum terperinci. Maklumat yg terperinci dalam ruangan About us ini amat penting untuk membina keyakinan users menggunakan platform ini.

Bintang-bintang yang diberikan adalah menurut pandangan dan penilaian kami semasa membuat carian dan cubaan melayari dan login (yang mana boleh) dan sudah tentulah tidak menggambarkan potensi atau prestasi sebenar kerana kami yakin pastinya dalam seminggu banyak kerja-kerja teknikal boleh menaik-taraf platform ini menjadi bertambah baik.

RADIO BMF FM

BMF.fm

Sebuah radio online komuniti untuk kempen #BMF ini baru saja diwujudkan oleh IslamicTunes dan Metronews Sdn. Bhd. bersama kolaborasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Koperasi Pembangunan PPIM. Radio ini masih di dalam tempoh siaran percubaan.

Platform Pengiklanan Klassified Percuma dan Bisnes Chat yang diperkenalkan oleh BMF.fm https://classified.bmf.fm

Sekiranya masih ada lagi platform yang kami tidak terjumpa atau terlupa, silalah beritau kami. Sokong #BMF

#utamakan produk Muslim,  #buyMuslim First, #jihadekonomi, #sokong peniaga pembayar zakat (SPPZ), #penggunapemilikekonomi

Advertisements
Tagged
hjrozman
Founder of IslamicTunes. Also as blogger at www.hartanahmelayu.net, music writer and producer at Loonaq Records.

2 thoughts on “13 Platform eCommerce Baru Produk Muslim Muncul dari Kempen BMF

  1. bmf-lah.com platform yang bagus juga tp tidak ada profile siapa mereka dan di mana mereka beroperasi. Juga utk register company masih belum tersedia, mungkin masih di peringkat awal. Teruskan, kami terus support #BMF

Leave a Reply