Radio BMF.fm Resmi Dirilis Untuk Sokong Kebangkitan Islam dari Timur

Radio BMF.fm Resmi Dirilis Untuk Sokong Kebangkitan Islam dari Timur

BMF Campaign Product Reviews
Ketua Aktivis PPIM Dato Nadzim Johan memperkenalkan Radio BMF.fm kepada ahli-ahli PPIM dan penyokong #BMF #buyMuslimFirst #sokongPeniagaPembayarZakat

Beranalisa sejarah yang mengatakan bahwa kebangkitan Islam di akhir zaman akan datang dari timur, tidak tertutup kemungkinan yang dimaksudkan itu adalah dari para muslim dari wilayah Nusantara. Dengan populasi muslim terbesar di dunia saat ini, dan sebagai suku bangsa yang belum pernah ditunjuk Allah SWT untuk penzahiran Islam di muka bumi.

Gejala Kebangkitan Islam di Asia Tenggara

Melirik wilayah muslim Nusantara yang meliputi beberapa negara di Asia Tenggara, kebangkitan itu sudah mulai menggeliat terasa. Meskipun imperialisme budaya tengah gencar menyerang generasimuda di Nusantara, namun konten-konten islami mulai menjadi pilihan utama bagi mereka. Kampanye islami pun makin marak ditabuhkan oleh kota-kota di Asia Tenggara, seperti kegiatan Halal Expo, Halal Festival, Hijrah Festival, Buy Muslim First, dan beragam lainnya.

Facebook group #BMF yang telah menjadi fenomena yang diasaskan oleh sdr. Saiful lufas

Melihat geliat yang makin semarak ini, IslamicTunes Network dan Metronews Sdn. Bhd. bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Komuniti Sokong Perniaga Pembayar Zakat (SPPZ). Mereka menubuhkan Radio BMF .fm (Buy Muslim First) pada 27 September 2019 di Kuala Lumpur, Malaysia.

“Kesan dari viralnya kempen #BMF ini, Loonaq Records yang juga telah mempunyai radio internet IslamicTunesFM ingin menyumbang dan berbuat sesuatu untuk membantu kempen ini. Ini adalah realisasi dari perbincangan dengan pihak Metronews Sdn. Bhd. sebuah agensi pembekal berita. Mereka telah pun lama membantu pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk berita dan Channel video PPIM. Kerjasama ini secara rasminya bersetuju untuk mewujudkan sebuah radio khusus. Radio komuniti itu untuk menyokong #BMF dan #SPPZ, iaitu sebuah lagi komuniti ‘Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) yang diwujudkan oleh PPIM dengan nama Radio BMF.fm,” kata Ermansyah Putra, Pengurus IslamicTunes, Kamis (24/10/2019).

Tentang Radio BMF.fm

Ermansyah juga mengatakan, “Radio BMF.fm ini diasaskan oleh IslamicTunes iaitu sebuah komuniti platform bagi Muslim musicpreneur seluruh dunia. Radio ini yang pertama mewujudkan perkhidmatan digital streaming khusus untuk konten audio zikir, nasyid, islamic music, qasidah, doa, munajjat, selawat, ceramah, tausiyah dan tilawah serta lain-lain. Kini terdapat lebih dari 15,000 tracks telah diupload ke https://islamictunes.net dari talent seluruh dunia. Adapun negara-negaranya adalah termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore, Hong Kong, Jordan, Egypt, US, UK, France dan lain-lain. IslamicTunes adalah jenama yang dicipta oleh Loonaq Records, record label dari Malaysia. IslamicTunes telah mempunyai wakil di Indonesia iaitu Loonaq Records Indonesia,”

“Keberadaan Radio BMF.fm ini untuk mewujudkan sebuah lagi platform promosi #bmf bagi menambah-kuatkan gelombang kempen #bmf sedia ada di dalam dan luar Negara. Upaya yang dilakukan adalah dengan  menggembelingkan usaha-usaha dari komuniti rakyat marhain, kelab-kelab belia dan kelab komuniti melayu, bumiputera dan muslim yang turut menyokong #bmf. Mereka diharapkan dapat menyumbang kepada gerak kerja dan aktiviti promosi media sosial dan penganjuran expo #bmf. Selain itu juga dengan  memberi peluang kepada peniaga-peniaga baru dan muda terutama dalam sektor industri kreatif seperti perkhidmatan emcee, penyewaan peralatan siaraya, penerbitan konten, usahawan bakat dan lain-lain. Semoga dapat bersama-sama dalam ekosistem pembangunan ekonomi muslim #bmf,” kata Ermansyah.

Rantaian kempen BMF, dalam saling memberi sokongan modal dan pengurusan yang bagus, untuk kesuksesan bersama. (Dok. Istimewa)

Misi Radio BMF.fm

Selain itu, Ermansyah juga mengatakan, “Secara sederhananya, Radio BMF.fm diharapkan dapat menjadi pusat informasi dan promosi bagi produk-produk halal dan event-event yang digelar oleh para pengusahanya dalam menduniakan program Buy Muslim First. Dengan memberi sokongan kepada usaha-usaha yang membayarkan zakat, secara tidak langsung kita ikut meringankan kesulitan saudara-saudara muslim yang berhak memperoleh zakat.”

Konti mobile Radio Komunti BMF.fm sedang dipersiapkan untuk bersiaran secara live DJ dan live streaming. Nantikan siaran ini dan buat masa boleh juga mendengar di https://bmf.fm

Keberadaan Radio BMF.fm untuk memberi sokongan pada pengusaha muslim. Dilakukan dengan menyebarkan konten audio islami ke seluruh persada dengan memanfaatkan kemajuan teknologi telekomunikasi saat ini. Hal ini bermakna pada pembangunan kembali kejayaan Islam melalu tiga aspek yang diperlukan, sains, ekonomi, dan budaya.

Apakah ini merupakan gejala bangkitnya kejayaan Islam di akhir zaman? Wallahu A’lam. (*)

Advertisements
Tagged
admin

We’re a community platform for Muslim content owners, content creators, talents, performers, musicians, munsyid, artists, daie, singer, songwriters, producers, Quran reciters, activist, entrepreneurs and fans; toward creating Halal Entertainment Hub, insyaaAllah!

Leave a Reply