Traveloghalal – Meninjau Industri Anime Jepun

Hari ini kru Islamictunes dalam program traveloghalal menjejak kaki ke kota Namba, Osaka.

Perkara pertama yang dipandang dan dapat dirasakan dengan begitu jelas adalah industri animenya yang begitu marhaein ditunjangi dari pemerintah, korporat sehingga menurun ke jaringan peniaga jalanan, seolah segalanya menjadi satu kempen bagi menaik dan memakmurkan industri ini secara bersama.

Antara ratusan deretan kedai anime atau berkaitan anime termasuk gerai di Namba, Osaka.

Menurut Association of Japanese Animations atau AJA yang dianggotai oleh syarikat-syarikat studio dan berkaitan, nilai pasaran industri ini pada tahun 2018 adalah sebanyak 2.15 trillion yen (USD20 billion) dan meningkat 8% setiap tahun dari tahun 2016.

AJA yang mengeluarkan laporan tahunan setiap tahun turut mencatatkan peningkatan pada laporan tahun 2018 pada sektor pasaran TV, streaming, ‘live performance’ dan eksport.

Namun begitu terdapat pengurangan pada pasaran filem, video, music dan taman hiburan, dan ini adalah memang dijangkakan apabila industri ini akan bergerak sepenuhnya pada perdagangan digital.

Namba City, Osaka, Japan

Kami bertemu seorang pengusaha kedai game card berdekatan (dia enggan berswafoto!) dan teruja bila diberitahu bahawa pemain-pemain industri anime Jepun ini terutamanya pelukis, penulis dan pembangun teknologi, adalah di kalangan yang berusia 35 tahun ke atas hingga 55 tahun dan kini ianya merupakan salah satu faktor siri animasi anime ini sudah mula menurun atau tidak dapat dikembangkan lagi di sini. Betul ke?

Dan ini sudah pasti merupakan peluang kepada pemain-pemain industri animasi di Malaysia dan Indonesia yang rata-rata berusia awal 20an dan di bawah 30an. Sewajarnya pihak-pihak pengembang animasi kedua negara dapat mewujudkan suatu kaedah secara bersama bagi memudahcara bagaimana pemain dan pemodal dapat bersama mengambil peluang ini.

Teringat pada Nyol Nyol Animasi Dakwah cubaan pembikinan dari Pixela Studio dari Bogor, Indonesia. Diketuai oleh Hendra yang juga ikut aktif dalam Islamictunes sebagai musisi dan solois nasheed.

Projek animasi dari Bogor, Indonesia
Advertisements

Leave a Reply